KEMUDAHAN-KEMUDAHAN BERDEKATAN

PETA LOKASI





AZ HOMESTAY



SELESA ,BERPATUTAN...“BELUM CUBA BELUM TAHU”



Lokasi:

Blok B,Kondominium Mutiara,
Bandar Perda,
Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.


Kemudahan dan Kelengkapan:

* 3 bilik tidur (bilik utama air-conditioned).
(2 bilik katil saiz queen + almari baju + cermin, bilik ketiga katil bujang + cermin).
* 2 bilik air + cermin + shower cream+ shampoo + ubat gigi
(bilik air utama mempunyai water heater + kolah mandi).

* TV 29″ + astro.
* Hair dryer.
* Set sofa + carpet+ coffee table.
* Freezer.
* Fully kitchen cabinet + peralatan memasak + pinggan mangkuk + cooker hood.
* Rice cooker.
* Sandwich maker.
* Mesin basuh + baldi + berus.
* Jug kettle.
* Iron + board.
* Meja makan.
*Ceiling fan di ruang tamu dan semua bilik tidur


Keistimewaan di dalam kawasan Kondominium Mutiara:

* Pas kolam renang (setiap hari 11:00 am - 9:00 pm kecuali Isnin).
*Tag keluar masuk kondo (fully security).
*Tempat letak kereta khas berbumbung.
*Cyber café.
*Pusat dobi.
*Mini mart.
*Kedai makanan dan minuman bersebelahan kolam renang.
*Dewan serbaguna.
*Gelanggang badminton.
*Gelanggang tenis.
* Taman permainan.
*Car wash.


Berdekatan dengan :

*Masjid Bandar Perda ( 4 minit).
*Jaya JUSCO Bukit Mertajam ( 5 minit).
*Stesyen minyak/farmasi/restoran/kedai mini market/gerai makanan/Bank Islam, Maybank, Bank Rakyat ( 4 - 5 minit ).
*Jambatan Pulau Pinang (10 minit - bergantung kepada trafik).
*Butterworth - Kulim Expressway (BKE) - (10 minit). *Politeknik Seberang Jaya ( sebelah pagar).
*UiTM Pulau Pinang (8 minit).
*KPJ Penang Specialist(5 minit).



Tempat –tempat menarik:

Tetamu boleh ke Pulau Mutiara atau Pulau Pinang dengan menaiki jambatan atau feri. Di sana, tidak terkira banyaknya tempat peranginan dan tempat menarik. Jangan lepaskan peluang mandi laut di pantai Batu Ferringhi dan Teluk Bahang. Pulau ini terkenal dengan pantainya yang panjang dan putih bersih, saujana mata memandang.


Selepas mandi-manda di Teluk Bahang, tetamu juga boleh menikmati kehijauan flora dan fauna di Taman Negara dan melawat Taman Rama-Rama. Ada lebih 3000 ekor rama-rama dan spesis hidupan lain yang amat indah dengan landskap yang amat mempesonakan terdapat di sini.

Kemudian, lawatlah Muzium dan Galeri Seni Lukis Pulau Pinang. Selepas itu, singgah sebentar di Kuil Khoo Kongsi untuk melihat keunikan kuil yang menyerupai istana Maharaja China. Kemudian tetamu boleh mengisi perut dengan rojak pasembur dan laksa Pulau Pinang di Padang Kota sambil melihat meriam dan kubu yang dibina semasa Sir Francis Light mendarat di pulau tersebut pada tahun 1786.

Di Jalan Masjid Negeri pula, terdapat Masjid Negeri yang amat indah, yang dapat menempatkan lebih 5000 jemaah pada satu-satu masa. Di Air Itam, ada satu lagi kuil, iaitu Kek Lok Si, salah sebuah kuil terindah di Asia Tenggara. Untuk menenangkan fikiran, pergilah berkelah dan mandi-manda di Air Terjun Taman Rimba.

Di Bukit Jambul pula, tetamu boleh mencuci mata melihat Taman Orkid dan Taman Bunga Raya. Tokong Ular terletak hanya 3.2 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa di Bayan Lepas. Tokong Ular ini menempatkan ular yang amat berbisa.

Oh ya, tetamu ingin melawat kampung Melayu yang paling unik dan terindah di pulau ini? Sama-samalah kita ke Kampung Seronok di Batu Maung. Di sini tetamu dapat melihat dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti kebudayaan.

Tidak sah sekiranya lawatan ke Pulau Pinang tidak disertai dengan menaiki kereta api kabel ke puncak Bukit Bendera. Seronok apabila melihat pemandangan nun jauh di bawah sana, semasa berada dalam kereta api itu.Pulau Pinang juga mempunyai jambatan yang amat terkenal sepanjang 13.5 km.

Selepas itu tetamu boleh melihat banyak spesis burung dan hidupan liar lain di Taman Burung dan menikmati makanan popular di Penang iaitu Char Koay Teow…mmm..memang best sedappppp....


Kadar sewa :

RM 160/ malam.
*Kadar sewa untuk hari biasa - termasuk cuti hujung minggu, musim perayaan dan musim cuti sekolah.


Kadar sewaan berterusan:

2 Hari/ 1 mlm: RM 160.
3 Hari/ 2 mlm: RM 320
4 Hari/ 3 mlm: RM 450
5 Hari/ 4 mlm: RM 580
6 Hari/ 5 mlm: RM 680
7 Hari / 6 mlm: RM 760

*** Kadar sewa yang dinyatakan tidak termasuk kadar sewa pada musim pilihanraya.


Tempahan boleh dibuat melalui:

*Panggilan telefon.
* sms.

*Deposit : RM50/malam dibayar melalui akaun Maybank.

***Bayaran sepenuhnya dibuat semasa check-in.


Masa Daftar Keluar-Masuk:

Check-in: 2:00 pm.
Check-out: 12:00 pm.